Bertegas terhadap junta Myanmar
Iklan
PADA 1 Februari ini, genaplah dua tahun kudeta oleh Tatmadaw, iaitu tentera Myanmar yang merampas kuasa daripada ahli-ahli parlimen yang dipilih melalui pilihan raya umum yang demokratik dan bebas pada penghujung tahun 2020, di mana parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi menang besar.
Sejak kudeta hingga Disember lalu, sebanyak 18,636 pertempuran bersenjata dan serangan telah berlaku, menyebabkan lebih 1.2 juta orang menjadi pelarian dalam negara sendiri.