Keputusan MKT malam ini, bukan penamat kerjaya politik KJ
Iklan
UMNO mungkin akan terus ditolak dalam PRN nanti, jika mesyuarat MKT malam ini, memutuskan untuk memecat atau menggantung keahlian mana-mana pemimpinnya termasuk Khairy.
SHAH ALAM - Apapun keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini terhadap Khairy Jamaluddin, ia tidak akan membunuh kerjaya politik bekas Ketua Pemuda UMNO itu.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, gambaran itu bersandarkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan partinya akan melakukan ‘pembersihan’ secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.