UMNO perlu bersedia hilang sokongan pengundi muda
Iklan
SHAH ALAM - Strategi ‘pembersihan’ UMNO yang turut melibatkan pemecatan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diunjurkan bakal menyebabkan parti itu kehilangan sokongan pengundi muda dan atas pagar pada pilihan raya akan datang.
Penganalisis politik bebas, Datuk Anbumani Balan berpandangan, pemecatan itu merupakan tindakan kurang bijak serta satu kerugian besar buat UMNO.