Kulinari asli Hong Kong

Iklan
RESTORAN EATZ @Hong Kong beroperasi di The Gardens, Kuala Lumpur.

EATZ @Hong Kong saji lebih 100 menu oriental klasik dan mesra Muslim

KINI para penggemar makanan oriental tidak perlu menempah tiket penerbangan ke Hong Kong kerana sajian berkenaan boleh dinikmati di EATZ @Hong Kong, The Gardens, Kuala Lumpur.

Sejak dibuka pada bulan Ogos lalu, cawangan pertama restoran itu bagaikan syurga makanan apabila menyajikan lebih 100 menu popular dalam kalangan masyarakat Kantonis Hong Kong bermula dari zaman 50-an, era British kolonial hingga era milenial.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, Valerie Choo, setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri tentang masakan Hong Kong.

"Ada yang mengatakan tat telur, ada pula yang memilih Polo Bun dan Cheese Baked Rice. Sememangnya tiga menu berkenaan tersenarai dalam kategori sajian popular di Hong Kong.

Iklan
TAT telur menu popular dalam kalangan masyarakat Kantonis di Hong Kong. Foto: EATZ @Hong Kong.

"Ini disebabkan ketika di bawah jajahan British sekitar tahun 50-an, negara tersebut telah menyaksikan asimilasi budaya termasuk perubahan masakan harian mereka.

"Justeru, tidak hairanlah apabila terdapat elemen ala British diterapkan di mana-mana kafe atau kedai kopi sekitar Hong Kong pada zaman dahulu," katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Iklan

Diterajui Ketua Cef, Noor Azizah Hashim bersama 10 kakitangan muda mahir di dapur, kemahiran kulinari pasukan berkenaan membolehkan lebih 100 menu terbaik Hong Kong disediakan untuk para penganjung.

Tambahan pula, khidmat nasihat daripada Cef Kreatif, Johnny Wong yang berasal dan membesar di Hong Kong juga dilihat berjaya mencipta keenakan signatur istimewa seperti cheese-baked chicken cutlet with rice, satay beef rice, curry seafood rice dan Australian beef striploin.

Ini termasuklah hidangan ringan antaranya ms souffle dan tat telur yang lazimnya menjadi pilihan utama masyarakat British di Hong Kong. Tidak dilupakan sajian klasik seperti smoked duck with pumpkin rice, polo bun with truffle scrambled egg, Hong Kong milk tea, Hong Kong Ying Yong dan pemanis mulut, Osmanthus Jelly serta red bean rice pudding.

Bagi mengekalkan keaslian dan menepati piawaian rasa, bahan-bahan yang digunakan juga adalah terbaik, segar, premium dan dijamin halal.

Sementara itu, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, Valerie Choo berkata, bahan-bahan segar khususnya halal adalah kunci utama proses penyediakaan masakan di EATZ @Hong Kong.

"Usaha ini dititiberatkan supaya para pelanggan Muslim tempatan berpeluang menikmati masakan Kantonis ala Hong Kong yang halal dan bersih," katanya.

Beroperasi seawal 8.30 pagi, EATZ @Hong Kong turut menyajikan makanan set sarapan pagi dan set makan tengahari yang mana kedua-dua set tersebut dilengkapi dengan teh susu Hong Kong.

Teh susu berkenaan merupakan sejenis minuman tradisional yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Hong Kong sejak berabad dahulu.

Dekorasi

Berbicara mengenai dekorasi dan reka bentuk restoran, Choo menjelaskan, EATZ @Hong Kong bermain dengan simbahan warna terang seperti biru firus.

"Sementara itu, enam unit lampu chandelier pula menjadi pilihan demi memenuhi konsep restoran yang berorientasikan Hong Kong pasca Kolonial British.

"Di beberapa dinding restoran pengunjung dapat melihat lakaran mural nukilan anak muda tempatan, Aleff Ahmad yang menampilkan zaman penggunaan beca roda tiga, seni bina hotel warisan, kereta api, tram sehinggalah bas dua tingkat," jelasnya lanjut.

Sebahagian panel dinding lain pula memfokuskan kepada 10 signatur menu EATZ @Hong Kong dalam bentuk lukisan tangan.

Dengan keluasan lebih 2,500 kaki persegi, restoran EATZ @Hong Kong mampu memuatkan kapasiti lebih 100 pengunjung pada satu masa.

Susun atur meja dan kerusi terbahagi kepada built-in dan fleksi termasuk menyediakan sudut riadah untuk kanak-kanak.

"Kami yakin konsep EATZ @Hong Kong bersesuaian untuk pengunjung yang mementingkan aspek meliputi hidangan, suasana, kualiti, perkhidmatan dan value-for-money.

"Kombinasi secara holistik ini diharapkan dapat menjadikan EATZ @Hong Kong alternatif terbaik untuk sajian pagi, tengah hari dan makan malam rakyat Malaysia”, ujar Choo.

SELAIN nasi, restoran ini turut menyajikan hidangan mi yang menyelerakan.

ANEKDOT

EATZ @Hong Kong

Lokasi: Aras bawah, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Masa operasi: 8.30 pagi hingga 10 malam

Web: www.eatzhk.com.my

Facebook: @EATZ @HONG KONG

Instagram: @eatz_hk