Mengikis 'buruk krasi'
Iklan
MEMBACA berita mengenai orang ramai yang mula berbaris seawal jam lima pagi untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan yang hanya dibuka tiga jam kemudian bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Lainlah jika berita itu bertajuk ‘Belum sempat ambil nombor, urusan telah selesai’.
Kita juga tidak gembira jika beritanya tentang orang yang terpaksa menunggu sehingga sembilan jam untuk menyelesaikan sesuatu urusan, tidak kiralah di jabatan atau agensi mana.