Beri ruang nilai semula pelan antirasuah
Iklan
Saranan penambahbaikan sedang dilaksanakan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpandangan, Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) perlu diberi ruang untuk dinilai semula supaya dapat memberi penekanan kepada inisiatif berimpak tinggi dalam usaha memerangi rasuah serta salah guna kuasa.
Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, secara tidak langsung, ia menyokong komitmen kerajaan dalam mendepani isu rakyat khususnya usaha memulih, menstabil dan memperkasakan ekonomi negara.