Isham Jalil tidak perlu jadi jurucakap SPRM
Iklan
Ketua Penerangan UMNO tidak perlu menangguk di air keruh, mengaitkan isu pembekuan akuan Bersatu dengan pembabitan Pas: Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan menegaskan pemimpin itu tidak perlu menjadi jurucakap kepada Suruhanjaya Pencergahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebaliknya, Tuan Ibrahim mengingatkan Isham supaya 'tidak menangguk di air keruh', sebaliknya melaksanakan tugasnya dengan baik demi memastikan segala manisfesto dan janji dibuat UMNO semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipenuhi parti berkenaan.