Kerajaan perlu ada strategi jelas tingkat ekonomi negara
Iklan
SHAH ALAM - Malaysia perlu mempunyai strategi jelas untuk meraih peluang daripada pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih baik pada tahun ini, sebagaimana Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, walaupun mengguna pakai konsep Malaysia Madani, ia hanya kerangka umum tetapi dalam konteks pembangunan, kerajaan perlu lebih spesifik.