Kerajaan perlu tetapkan gaji minuman ikut kos sara hidup di setiap Parlimen
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran pimpinan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu melaksanakan kajian terperinci dan menyeluruh bagi mengenal pasti kadar gaji minimum bersesuaian mengikut kawasan Parlimen dan mampu memenuhi keperluan kos sara hidup rakyat.
Pada masa sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap kerajaan hari ini, perlu segera menguatkuasakan sepenuh dasar gaji minimum RM1,500 kepada semua sektor dan industri demi membela nasib pekerja di Malaysia sekarang.