Khaled, Zambry, Azalina berpotensi menang Naib Presiden UMNO?
Iklan
SHAH ALAM - Persaingan merebut tiga jawatan naib presiden dijangka sengit berikutan ramai calon heavy weight akan menawarkan diri bertanding susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) menetapkan dua kerusi utama iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Keputusan PAU2022 menyaksikan jawatan Presiden kekal milik Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala kerusi Timbalan Presiden UMNO disandang oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.