Ramai akan hilang kerja jika projek mega dihentikan - PKMM
Iklan
SHAH ALAM - Kontraktor akan mengalami kerugian dan berdepan pelbagai masalah termasuk terpaksa memberhentikan pekerja sekiranya projek mega tidak diteruskan dalam masa terdekat.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, masalah tersebut menyebabkan ramai kontraktor perlu menanggung hutang selain tidak mampu membayar gaji pekerja akibat tiada projek.