Kelemahan perancangan MAFI punca bazir RM870,000 wang kerajaan
Iklan
SHAH ALAM - Semakan audit mendapati wujudnya kelemahan perancangan keperluan jentera dan pemantauan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengakibatkan pembaziran wang kerajaan berjumlah RM870,000.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, sebanyak lapan unit jentera ladang dan mekanisasi pertanian padi yang diterima antara 12 Januari hingga 25 Mei 2022 berjumlah RM700,000 yang masih belum digunakan telah rosak.