Sudah tiba masanya mansuhkan kategori B40, M40, T20
Iklan
Kaedah paling tepat yang patut digunakan kerajaan bagi mengenal pasti golongan miskin tegar termasuk di bandar besar ialah dengan mengambil kira aspek bilangan anak, taraf kesihatan, lokaliti dan pendapatan bulanan. - Gambar hiasan
LANGKAH Kementerian Ekonomi mahu menyemak semula kategori kumpulan pendapatan isi rumah di Malaysia sekarang adalah selari dengan dasar Membangun Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Tindakan itu tepat berikutan pendekatan sedia ada dengan memecahkan kumpulan isi rumah mengikut kategori seperti pendapatan isi rumah terendah (B40), pertengahan (M40) dan tertinggi (T20) adalah kurang tepat.