'Mana-mana pemimpin UMNO berhak dipanggil Lembaga Disiplin bila-bila masa'
Iklan
SHAH ALAM - Lembaga Disiplin UMNO berhak memanggil dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja didapati melakukan kesalahan dan melanggar disiplin parti walaupun tempoh pemilihan parti sedang berlangsung.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, Lembaga Disiplin parti mempunyai garis panduan dan tatacara tersendiri untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli UMNO yang melanggar peraturan parti.