MTA sedia beri kerjasama jaya inisiatif insurans Rahmah
Iklan
KUALA LUMPUR - Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menyokong dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan inisiatif insurans mampu milik atau insurans Rahmah untuk golongan belia.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed berkata, usaha yang disarankan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub itu disifatkan baik kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan tersebut.