Sukarkan kerjasama UMNO-GRS
Iklan
Susulan tindakan lima ADUN UMNO Sabah yang menyertai Gagasan Rakyat
SHAH ALAM - Tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hanya akan menyukarkan lagi usaha kedua-dua parti tersebut untuk bekerjasama pada masa hadapan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, UMNO perlu menjadikan situasi itu sebagai asas untuk melakukan pengukuhan dalam parti supaya kerjasama di peringkat negeri masih dapat diteruskan, sekali gus boleh mempengaruhi sokongan di peringkat pusat.