Belanjawan 2023: Sektor pendidikan wajar diberi peruntukan terbesar
Iklan
Beri tumpuan usaha selesaikan beberapa isu kritikal, aspek prasarana dan fasiliti sekolah
PERUNTUKAN untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Kerajaan Perpaduan pada Jumaat ini, wajar terus kekal dijadikan peruntukan terbesar dalam bajet berkenaan selepas peruntukan perbelanjaan mengurus negara.
Majoriti pakar berpandangan kenaikan peruntukan untuk sektor pendidikan adalah bersesuaian dengan situasi semasa sektor berkenaan yang memerlukan penambahbaikan demi memberikan kualiti pendidikan terbaik untuk rakyat dan negara.