Perlu pembaharuan demi gaji graduan TVET bermaruah
Iklan
SHAH ALAM - Pembaharuan perlu dilaksanakan agar 90 peratus graduan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerima gaji lebih RM2,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengangguran belia di negara ini bukan sahaja tinggi, malah negara turut terperangkap dalam situasi 'kekurangan peluang pekerjaan' apabila pekerjaan tidak dibayar gaji yang setimpal dengan kelayakan.