Utamakan kemandirian pengeluaran makanan tempatan
Iklan
SHAH ALAM - Dalam mendepani tantangan kenaikan harga barang dan gangguan bekalan makanan, sektor agromakanan perlu dirombak dengan mengutamakan kemandirian pengeluaran makanan tempatan melalui automasi dan pendigitalan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) umpamanya menyediakan dana sehingga RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Agrofood untuk membantu pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran.