H5N1 ancaman baharu 2023?
Iklan
BARU-baru ini, Kemboja merekodkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun akibat Avian flu atau H5N1 yang sekali gus mencatatkan kes maut pertama di negara itu akibat virus berkenaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita mengenai kematian ini telah menggusarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta semua pihak berjaga-jaga selepas penyakit itu dikesan terhadap haiwan seperti burung, ayam dan itik.