Lelaki 300kg meninggal dunia

Iklan
Jenazah Nor Yuhisyam dikebumikan pada jam 8.30 malam tadi.

TUMPAT - Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mengalami masalah obesiti meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat kencing manis.

Nor Yuhisham Yusof yang beralamat di Jalan Istana Bukit Tanah Tumpat itu memiliki berat badan 300 kilogram (kg) dan masih bujang.

Iklan
Iklan

Jenazah yang dimandi serta dikafankan di hospital kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk untuk urusan pengebumian pada jam 8.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kerja-kerja menurunkan jenazah ke liang lahad dilakukan oleh anggotanya dengan bantuan penduduk kampung.

Orang kampung turut membantu anggota bomba untuk menurunkan jenazah ke liang lahad.

Iklan

"Pegawai Bomba, Fauzi Ibrahim mengetuai enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat untuk membantu penduduk kampung melalui khidmat khas pengebumian ini.

"Semua urusan dilaksanakan sebaik mungkin dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas turut membantu keluarga seorang gadis yang mempunyai berat mencecah 200kg yang meninggal dunia di Tendong tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 200kg selamat dikebumikan