Majoriti calon Naib Presiden dari Johor cubaan imbang pengaruh H2O?
Iklan
MENJELANG pemilihan UMNO bermula 18 Mac ini, tumpuan utama lebih tiga juta ahli parti itu pastinya terarah kepada perebutan tiga kuota jawatan Naib Presiden, susulan dua jawatan tertinggi parti berkenaan disahkan tidak dipertandingkan kali ini.
Sehingga kini, sejumlah lapan pemimpin UMNO telah menawarkan diri untuk merebut kerusi Top 3 hingga Top 5 berkenaan iaitu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai dua penyandangnya.