Bayar zakat di pusat zakat diiktiraf kerajaan

Iklan
Wacana Sinar Harian Siri 246 bertajuk Anda Bayar, Kami Urus bersama Pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Izhar Ariff, dua panelis lain iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (MAINPP), Amran Hazali dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Ruslan Said.

SHAH ALAM - Umat Islam perlu memandang serius nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar membayar zakat melalui pusat zakat dan agensi dilantik kerajaan.

Pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Izhar Ariff berkata, ini kerana pusat zakat melakukan siasatan terperinci terhadap setiap permohonan bagi mengelak sebarang kesilapan dalam menyalurkan bantuan zakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mazhab Syafie amat tegas dalam perkara tersebut dan sekiranya berlaku kesilapan ketika agihan bantuan, ia tidak diklasifikasikan sebagai zakat tetapi sekadar satu sedekah.

"Tan Sri Harussani awal-awal lagi sudah beritahu, kalau kita bayar zakat selain agensi yang diiktiraf kerajaan, zakat itu tidak sah kerana khuatir zakat yang kita bagi itu tidak tepat.

Iklan

"Maknanya, orang yang mengambil zakat iaitu amil-amil ini sangat amanah dan akan cari mereka yang betul-betul layak untuk diberikan bantuan.

"Tak susah pun, yang penting kita (pemohon) kena bantu pusat zakat dengan memberikan dokumen yang diperlukan,” katanya Wacana Sinar Harian Siri 246 bertajuk Anda Bayar, Kami Urus bersama dua panelis lain iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (MAINPP), Amran Hazali dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Ruslan Said.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ARBA, Azlan Shah Nebees Khan bertindak sebagai moderator.

Izhar berkata, tiada isu berbangkit sekiranya seseorang itu ingin memberikan zakat secara terus kepada ahli keluarga sendiri yang dikategorikan fakir miskin, namun perlu merujuk pusat zakat terlebih dahulu.

"Sebabnya, kita tidak tahu sejauh mana taraf kemiskinan dan fakir ahli keluarga kita itu.

"Nak selesaikan masalah ini, kita pergi kepada pusat zakat dan bayar dulu zakat. Nanti mereka akan beritahu berapa jumlah kita boleh bagi kepada ahli keluarga terbabit,” katanya.