Bisnes gagal isteri jadi 'punching bag'
Iklan
JOHOR BAHRU - Tujuh tahun bukanlah masa yang singkat, namun sepanjang tempoh itulah Syakilla terpaksa menahan derita apabila dirinya sering menjadi tempat melepaskan amarah oleh suaminya, Rashid.
Boleh dikatakan hampir setiap hari Syakilla terpaksa menanggung kesakitan akibat disepak terajang oleh Rashid sehinggakan dia sentiasa trauma.