'Tiada unsur salah guna kuasa'
Iklan
Menteri boleh beri pengecualian kepada UMNO daripada peruntukan Akta Pertubuhan
SHAH ALAM - Tiada unsur salah guna kuasa dalam keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan pengecualian kepada UMNO di bawah peruntukan Akta Pertubuhan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau melihat tiada isu salah guna kuasa dilakukan Saifuddin Nasution kerana Setiausaha Agung PKR itu menggunakan budi bicara seperti diperuntukkan dalam Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966.