Mukaab, struktur kontroversi kemegahan Arab Saudi
Iklan
Mukaab dijangka menjana kira-kira 180 bilion riyal (RM215 bilion) kepada sektor ekonomi Saudi, selain mewujudkan kira-kira 334,000 peluang pekerjaan.
Kiub gergasi itu digambarkan seperti dalam filem sains fiksyen dilengkapi kemudahan futuristik
RIYADH - Arab Saudi sedang membina Mukaab atau ‘kiub gergasi’ yang boleh menempatkan kira-kira 20 bangunan Empire State di New York di tengah-tengah pusat bandar baharu di ibu kota di bawah projek kontroversi yang mengundang pelbagai reaksi umum.
Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) melancarkan projek itu bulan lalu dan turut mengumumkan beliau akan mempengerusikan New Murabba Development Company yang bertujuan untuk membangunkan pusat bandar terbesar di dunia di Riyadh.