Syor KWSP beri pinjaman
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan pinjaman tunai kepada pencarum sebagai alternatif kepada pinjaman bank.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia juga lebih baik daripada pengeluaran wang KWSP kerana walaupun rakyat masih berhutang namun beban mereka lebih ringan memandangkan pembayaran pinjaman itu boleh ditangguhkan.