Kepimpinan sayap baharu UMNO lebih dinamik, progresif
Iklan
KEMENANGAN Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam pemilihan ketua-ketua sayap parti UMNO kali ini sebenarnya memberikan 1,001 gambaran dan mesej kepada lebih 3 juta ahli parti ‘keramat’ itu.
Dengan Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menang selesa jawatan Ketua Pemuda UMNO, Noraini mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO manakala Nurul Amal atau Along dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO yang baharu, ia satu isyarat jelas perwakilan UMNO mahukan kepimpinan sayap parti diterajui bakat muda serta pemimpin progresif yang lebih komited untuk bekerja berbanding beretorik.