'Tambah lagi klinik malam'
Iklan
Orang ramai harap lebih banyak klinik kesihatan di kawasan padat penduduk, B40 dilanjutkan operasi selepas waktu kerja
JOHOR BAHRU - Perkhidmatan klinik kesihatan pada waktu malam terutama di bandar raya dan kawasan padat penduduk perlu diperluas bagi memberi peluang kepada mereka yang mendiami kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di luar waktu kerja.
Tinjauan di Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin malam mendapati, perkhidmatan tersebut mendapat sambutan terutama daripada penduduk sekitar.