Lima tahun tinggal di stesen bas
Iklan
Tekad keluar dari rumah selepas jadi punca pergaduhan anak dan menantu
GEORGETOWN - Tidak mahu anak menantu terus bergaduh kerana dirinya, menyebabkan seorang warga emas nekad keluar dari rumah untuk hidup seorang diri.
Tanpa arah tuju, bapa kepada tiga anak yang hanya mahu dikenali sebagai Huat, 71, keluar dari rumah anak keduanya di Alor Setar, Kedah sejak 2018 kerana merasakan dirinya sebagai beban kepada anak, menantu dan cucunya.