Mangsa gempa Turkiye-Syria masih bergelut
Iklan
ANKARA - Kira-kira sebulan selepas siri gempa kuat menggegar Turkiye, negara itu sekali lagi dilanda bencana alam yang telah meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa dan sejumlah mangsa dihanyutkan arus deras.
Hujan lebat mencetuskan banjir kilat yang melanda zon gempa telah menambahkan lagi kesengsaraan mangsa yang kebanyakannya kini berlindung di khemah sementara.