Kewangan TH dijangka kukuh, boleh beri dividen lebih tinggi
Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Aimi Zulhazmi
SHAH ALAM - Langkah Lembaga Tabung Haji (TH) memberikan Bantuan Kewangan Haji (Hafis) hanya kepada jemaah muassasah B40 dan M40 yang pertama kali mengerjakan haji pada tahun ini dijangka mengukuhkan kewangan syarikat berkenaan.
Pakar Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia sekali gus membuka ruang kepada TH untuk memberikan dividen lebih tinggi kepada penyimpan berbanding tahun sebelum ini.