Pejuang pertimbang bergerak solo selepas permohonan PN ditolak
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempertimbangkan pilihan untuk bergerak secara solo selepas permohonan parti itu ditolak oleh Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangannya, Rafique Rashid Ali berkata, buat masa ini parti itu sedang memberi tumpuan ke arah membuat persiapan jentera di kawasan-kawasan tertentu dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.