Jual menu bajet RM2 tepi sawah

Iklan
Orang ramai memenuhi ruang kedai.

KANGAR - Sebuah warung di Kampung Bongor Kudung tular apabila menyediakan menu makanan bajet berharga RM2 di tepi sawah berdekatan rumah.

Suasana sawah padi yang menghijau serta tiupan angin yang mendamaikan mampu menggamit pengunjung lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Pemilik, Ananita Ahmad, 45, berkata, dia yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan mengakui pemandangan indah di kawasan berkenaan turut memberikan ilham kepadanya untuk berniaga di kawasan tersebut.

"Saya baru sahaja berpindah ke rumah ini dan melihat kepada suasana tepi rumah yang cantik dan menenangkan, saya membuat keputusan untuk berniaga," katanya.

Iklan

Ananita berkata, keputusan untuk menjual makanan dengan harga RM2 dibuat berikutan lokasinya terletak di kawasan desa.

"Kebanyakan orang kampung sekarang nak makan makanan yang murah, kalau sedap insya-ALLAH orang mai (datang) lagi," katanya.

Iklan

Kedai Ananita yang beroperasi setiap hari kecuali Isnin, bermula jam 10 pagi hingga 7 malam, mampu memuatkan pengunjung kira-kira 40 orang dalam satu masa.

Ananita menyediakan tempahan pelanggan.

Antara menu yang disediakan ialah laksa, bihun sup, cendol, pulut ikan masin, pulut ayam, nasi lemak dan pelbagai lagi.

Ananita berkata, pengunjung yang datang sangat menggalakkan kerana warung tersebut lebih dekat berbanding pekan yang terletak kira-kira 2 kilometer dari kampung berkenaan.

Pelanggan, Nurul Najwa Arisa Zulkifli, 19, berkata, dia mengetahui kewujudan kedai itu melalui Facebook dan terus mengambil keputusan untuk mencuba.

"Alhamdulillah, rasa makanan di sini sangat sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Cik Normah Abd Rahman, 53, berkata, lokasi kedai sangat menarik dan makanan yang disediakan sangat sedap.

"Berbaloilah datang makan sini sebab sambil makan boleh menikmati angin segar dan sawah padi yang menghijau," katanya.

Cik Normah berkata, keadaan ekonomi sekarang membuatkan ramai masyarakat mahu mencari makanan dengan harga murah.