64 anak yatim, asnaf dapat kelengkapan sekolah

Iklan
Japilus (dua dari kiri) menyampaikan naskah al-Quran kepada wakil rumah anak yatim yang dipilih untuk program CSR kesatuan baru-baru ini.

KUALA LANGAT - Seramai 64 pelajar dari sebuah rumah yatim dan asnaf Sijangkang di sini dibawa ke Pasaraya Mydin Subang Jaya untuk membeli kelengkapan persekolahan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan UMW, Japilus Zainal berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijayakan sejak 18 tahun lalu bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.