Rundingan kuota jawatan Exco selepas KM baharu dilantik: PH Melaka
Iklan
SHAH ALAM - Sebarang rundingan agihan jawatan Exco atau jawatan kerajaan negeri lain di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya akan dimulakan setelah urusan pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu disempurnakan, kata Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berlaku di antara PH dan Ketua Menteri terdahulu, Datuk Seri Sulaiman Ali susulan kedua-dua pihak belum mendapat isyarat daripada pucuk pimpinan parti di Pusat.