Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
Iklan
ADUN Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka pada jam 3 petang Jumaat
SIAPA sangka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh,61, seorang anak tani dari Kampung Jeram, Masjid Tanah dan pernah bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa lebih 40 tahun lalu, kini diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada jam 3 petang Jumaat, susulan keputusan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Rabu.