Sebatan sivil, sebatan syariah
Iklan
SAYA tertarik dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori. Saya tidak berhasrat untuk mengulasnya kerana sebelum ini pernah menulis mengenai isu tersebut.
Yang saya mahu bincangkan adalah mengenai hukuman sebatan tidak kurang 12 kali sebagai alternatif kepada hukuman mati tersebut. Sebatan yang dilaksanakan untuk pesalah sivil sangatlah mendera sehingga mencederakan pesalah. Namun, sehingga hari ini tidak kedengaran pejuang hak asasi manusia mengkritik hukuman tersebut.