[EKSKLUSIF] Kurangkan kadar faedah pinjaman
Iklan
Pakar cadang bank terlibat dengan kemudahan pinjaman KWSP turunkan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) kepada tiga peratus. Gambar kecil dari kiri: Firdaos, Azizul Azli
[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Pakar mencadangkan bank yang terlibat dengan kemudahan pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menurunkan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) kepada tiga peratus kerana pinjaman tersebut bercagar.
Menurut pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad, kadar faedah sememangnya patut diturunkan kerana bank tidak akan mengalami apa-apa kerugian jika pencarum KWSP membuat pinjaman.