Kerja sampai 65 tahun: Bergantung tahap kesihatan, jenis pekerjaan
Iklan
SHAH ALAM - Cadangan agar pekerja dibenarkan bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri perlu diperhalusi sekiranya ingin dilaksanakan termasuk merangkumi tahap kesihatan, kebolehupayaan dan jenis pekerjaan yang dilakukan.
Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran berkata, kriteria umur itu merupakan satu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur kerana keupayaan seseorang dalam bekerja adalah berbeza.