Populariti Anwar jadi sandaran PH-BN hadapi PRN Julai nanti
Iklan
SHAH ALAM - Kajian atas talian oleh pusat penyelidikan, Ilham Centre mendapati Kerajaan Perpaduan bergantung kepada populariti dan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal stabil.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, kajian itu juga menunjukkan 75 peratus daripada lebih 800 responden menaruh harapan tinggi terhadap Anwar untuk memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.