Tiada lagi rutin bersalaman di pagi raya - Nooryana
Iklan
SHAH ALAM - Satu Syawal ini bukanlah seperti sambutan hari raya yang biasa buat Nooryana Najwa Najib, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ini, sebaik terbitnya fajar pagi Hari Raya Aidilfitri, rumah kediaman ibu bapanya di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur, seakan sepi dan hilangnya keceriaan biarpun di atas meja terhidang lontong, lemang dan rendang.