Terkilan tiada peruntukan, risau gagal berikan terbaik buat rakyat
Iklan
SHAH ALAM -"Kepala Batas merupakan rumah, tanah tumpahnya darahku dan rakyatnya adalah tanggungjawab saya. Perasaan gusar dan resah sekiranya tidak dapat memberikan yang terbaik buat mereka sentiasa menghantui saya”.
Begitulah luahan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang merupakan salah satu wakil rakyat pembangkang tatkala mengulas tentang perasaannya apabila tidak menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan bagi membantu rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.