'Gadis Bond' Perancis pertama meninggal dunia

Iklan
Auger meninggal dunia pada usia 78 tahun semalam. Auger bersama Sean Connery ketika digandingkan dalam filem 'Thunderball' pada 1965. Foto: Agensi

PARIS - Pelakon Perancis, Claudine Auger atau terlebih terkenal sebagai 'Gadis Bond' Perancis pertama dalam filem James Bond pada 1965 meninggal dunia pada usia 78 tahun semalam.

Auger yang meninggal dunia di kediamannya di Paris dilahirkan pada April 1941 di Paris memulakan kerjayanya sebagai model dan mewakili Perancis pada pertandingan Miss World 1958.

Iklan
Iklan

Kemunculannya sebagai pendamping perisik terkenal ejen 007, James Bond bersama Sean Connery menerusi filem 'Thunderball' pada 1965 itu melonjakkan namanya sebagai 'Gadis Bond' Perancis pertama.

Treler filem itu memperkenalkan Auger sebagai Dominique 'Domino' Derval memegang watak seorang gadis muda, cantik, terperangkap dan berbahaya menjadi dambaan setiap jejaka.

Iklan
Iklan

Begitupun, laporan Agensi Time Art tidak menyatakan punca kematian pelakon filem tersebut. - Agensi