Isey Bano lemas jatuh dalam air banjir

Iklan
Ahli keluarga mengusung jenazah Isey Bano dalam banjir sedalam 0.5 meter selepas Kampung Chenerai dinaiki air.

PASIR MAS - Impian pemain alat muzik dikir barat menjadi anggota wataniah tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas selepas jatuh di dalam air banjir berhampiran rumahnya di Kampung Chenerai, Meranti semalam.

Kejadian jam 6.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Muhammad Hisyam Ariffin,24, atau Isey Bano sedang menjawab panggilan telefon sebelum jatuh tersembam ke dalam air banjir pada paras 0.5 meter.

Iklan
Iklan

Kakak mangsa, Mastura Ariffin, 34, berkata, adik bongsunya itu dijangka melaporkan diri sebagai anggota Wataniah pada Januari depan.

"Namun ALLAH lebih menyayangi arwah dengan menjemputnya lebih awal.

Iklan

"Saya dan seluruh ahli keluarga menerima apa yang berlaku ini dengan hati terbuka,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu disedarinya selepas diberitahu oleh sepupunya yang ternampak arwah jatuh secara mengejut.

Iklan

Katanya, sejurus mendapat tahu dia terus ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan rumah untuk melihat keadaan arwah.

"Saya sempat pangku arwah dan ketika itu dia berada dalam keadaan nazak sebelum dirujuk ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Mastura berkata, doktor kemudian mengesahkan arwah sudah meninggal dunia selepas pemeriksaan lanjut dilakukan.

Katanya, jenazah Isey Bano selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut.

Isey Bano merupakan pemain rebana ibu yang cukup terkenal dan disegani dalam kalangan pendikir di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Roy Suhaimi Sharif ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.