Rapuhnya kekuatan negara, bangsa
Iklan
Pagi Aidilfitri di Sudan bergema dengan letupan dan percikan bom serta peluru yang membunuh dan memusnahkan harta benda akibat pertelagahan antara dua jeneral tentera dan militia yang kesemuanya beragama Islam.
BAGI orang Melayu, sebagai penduduk majoriti di negara ini, Aidilfitri merupakan paling utama dirayakan saban tahun memandangkan ia adalah perayaan bagi mereka yang beragama Islam.
Bangsa Melayu dan Islam mempunyai hubungan yang begitu unik, malah hubungan ini tidak pun wujud bagi bangsa dan negara Arab sendiri yang merupakan tempat asal agama Islam.