Spekulasi untuk lagakan parti kerajaan
Iklan
Zambry gesa henti teori politik kamikaze demi kestabilan negara
SHAH ALAM - Spekulasi kononnya terdapat beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berpaling tadah untuk melaksanakan gerakan politik kamikaze bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah usaha pihak tertentu untuk melaga-lagakan parti-parti dalam kerajaan menjelang pilihan raya di enam negeri.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, spekulasi itu dipercayai dicipta oleh kelompok tertentu di luar Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang masih tidak berpuas hati dengan keadaan hari ini di mana kestabilan kerajaan serta hubungan parti-parti di dalamnya mula menampakkan hasil.