Tukar tiga tahun sekali
Iklan
Teknologi cepat berubah punca ramai tertarik beli telefon pintar baharu
SHAH ALAM - Rata-rata orang ramai yang ditemui mengaku suka menukar telefon pintar masing-masing kepada model yang lebih canggih dan mempunyai ciri-ciri teknologi terkini dalam dalam tempoh tiga tahun sekali.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian bagi pengguna di sekitar Lembah Klang, sebab utama mereka berbuat demikian adalah kerana telefon pintar lama sudah rosak, atau ciri-cirinya sudah ketinggalan menyebabkan mereka tertarik kepada teknologi lebih terkini, termasuk ruang penyimpanan lebih besar.