Realiti atau perang psikologi?
Iklan
Gambar fail Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn Kuala Lumpur, pada 19 Mac lalu. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Arena politik Malaysia sentiasa diwarnai dengan pelbagai spekulasi dan yang terbaru, wujud dakwaan kononnya 17 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal melompat parti menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.
Jika dakwaan itu menjadi realiti, maka ini bermakna semua ahli Parlimen terbabit terpaksa mengosongkan kerusi disandang mereka bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual pada bulan Julai nanti.