Pengguna lebuh raya gerun tonton aksi penunggang
Iklan
Kehadiran banyak motosikal yang ditunggang laju undang rasa tidak selesa pengguna lain
SHAH ALAM - Bukan sahaja menjadi laluan bagi warga kota untuk ke Pantai Timur, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) turut menjadi lokasi bagi sesetengah individu untuk menguji kelajuan motosikal mereka.
Menurut seorang pengguna, Abd Malek Johan, 64, dia sentiasa berhati-hati setiap kali menggunakan lebuh raya itu terutama pada hujung minggu.